Apa Itu Rabies
11/08/2017
GBI
PKNS, MBSA KERJASAMA TANAM POKOK
13/08/2017
Lihat semua
personaliti

personaliti1. Latar belakang diri dan perkhidmatan? Saya dilahirkan di Perak dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Saya mula berkhidmat di PKNS pada tahun 1988 sebagai Pembantu Am Rendah. Ketika itu, saya bermula di Bahagian Urus Harta kemudian ke Bahagian Pembekalan (kini Bahagian Aset), Bahagian Jualan Wilayah Tengah, Bahagian Jualan Shah Alam, Bahagian Penyewaan Kompleks, Bahagian Guaman, Bahagian Pembangunan Usahawan, sebelum ke Bahagian Komunikasi Korporat dengan jawatan terkini sebagai Pembantu Tadbir (N22). Bermula sebagai ahli biasa Kesatuan Pekerja PKNS dan kemudian sebagai Penolong Setiausaha dan Setiausaha, saya kemudiannya dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pekerja PKNS sejak tahun 2012. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, di mana semuanya adalah perempuan.

2. Minat? Saya seorang yang suka bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Antara sukan yang saya gemari adalah hoki, berbasikal, tarik tali dan maraton. Saya pernah mewakili PKNS dalam sukan hoki sekitar tahun 90-an. Saya juga antara anggota yang terawal yang terlibat dalam sukan berbasikal menggunakan ‘mountain bike’. Selain itu, saya juga suka mendaki dan memancing. Saya sudah lima kali mendaki Gunung Tahan, lima kali mendaki Gunung Kinabalu dan saya juga telah berjaya menawan G7, iaitu tujuh gunung tertinggi yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki, di mana tujuh gunung tersebut berada di Semenanjung Malaysia. Bagi saya, aktiviti mendaki ini mengajar seseorang untuk mencabar diri menjadi seorang yang lebih sabar dan belajar untuk mengawal perasaan marah.

3. Prinsip? Saya seorang yang suka berterus terang, tidak pandai berkias dalam berkata-kata. Saya banyak belajar daripada pengamatan terhadap persekitaran sekeliling saya serta surat khabar. Saya amat meminati ruangan ekonomi dan ruangan forum yang terdapat dalam akhbar Utusan Malaysia.

4. Harapan sebagai Presiden Kesatuan Pekerja? Matlamat saya sebagai Presiden Kesatuan adalah untuk menaikkan taraf kompetensi ahli-ahli kesatuan dalam masa yang terdekat ini. Saya berharap pihak pengurusan PKNS dapat menyediakan lebih banyak latihan kepada anggota khasnya bagi pekerja kumpulan rendah agar mereka menjadi lebih kompeten.

5. Pencapaian yang pernah diraih? Saya pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 90-an kerana berjaya menjual sebanyak 50 buah rumah yang berharga RM225,000 sebuah. Selain itu, saya juga dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS [Sesi 2013-2016], Ahli Kongres CUEPACS [dari 2010 sehingga kini], Timbalan Pengerusi CUEPACS Negeri Selangor [Sesi 2016-2018] dan Ahli Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) AM/ Pelaksana [Sesi 2016-2018], Ahli Majlis UNI-MLC dan Bendahari BWI-MLC.

Comments are closed.