Ekspo World Landscape Architecture Month 2017 Dapat Sambutan

kuliah-dhuha-14-april
Kuliah Dhuha 14 April 2017
13/04/2017
boom-gate
Pengaktifan Palang Penghadang “Boom Gate” di Laman PKNS
21/07/2017
Lihat semua
wlam2

Ekspo World Landscape Architecture Month 2017 berlangsung meriah dengan sambutan yang menggalakkan diterima daripada agensi-agensi awam dan swasta.

Program anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan kerjasama PKNS itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Esa Ahmad di Antara Gapi, Hulu Selangor. Hadir sama Yang DiPertua MDHS TPr. Noraini Roslan dan Arkitek Landskap PKNS, LAr. Nasir Yousof.

Antara agensi yang mengambil bahagian pada program yang berlangsung pada 15 dan 16 April 2017 itu ialah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pembekal-pembekal peralatan landskap dan pokok-pokok hiasan serta penduduk Antara Gapi dan sekitar Serendah.

wlam2

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang dua hari program diadakan antaranya perlawanan futsal persahabatan di antara jabatan-jabatan landskap PBT seluruh Selangor di mana Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) muncul juara manakala Unit Pengurusan Projek Zon A Wilayah Tengah, PKNS mendapat Naib Juara. Anugerah Penjaring Terbanyak pula dimenangi oleh Mohamed Ikhwan Syafiq Mohamed Yazid yang bermain untuk Unit Pengurusan Projek Zon A Wilayah Tengah.

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik dijalankan di khemah utama seperti Street Soccer, ceramah ‘Kepentingan Pokok Kepada Kehidupan’ oleh FRIM dan pertandingan mewarna manakala pada sebelah petang dan malam pula berlangsung pertandingan karaoke bertemakan alam sekitar dan kehidupan.

Pada hari kedua pula, ceramah berkaitan Dasar Landskap Negara disampaikan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) serta ceramah bertajuk ‘Hubungan Landskap terhadap Eko-Pelancongan’ disampaikan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) selain berlangsungnya acara sukan rakyat.

Penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh PKNS dalam penganjuran ini membuktikan bahawa PKNS merupakan pemaju yang amat komited terhadap inisiatif-inisiatif pembangunan landskap dalam mewujudkan persekitaran yang mampan, selesa dan sihat. PKNS juga berharap dengan kerjasama ini akan mengeratkan lagi hubungan dengan MDHS.

Comments are closed.