SAGUHATI KEPUTUSAN CEMERLANG PEPERIKSAAN TAHUN 2017 PERSATUAN BADAN ISLAM PKNS DAN PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA (PKP) PKNS
28/03/2018
Acara Badminton Hari Pertama
29/03/2018
Lihat semua

GEMAPUTERA ATAU GABUNGAN AGENSI-AGENSI AMANAH BUMIPUTERA & PERUSAHAAN-PERUSAHAAN AWAM MALAYSIA DIASASKAN PADA AKHIR 1984 DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966. MATLAMAT ASAL ANTARA LAIN ADALAH UNTUK MERAPATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN KERJASAMA DI ANTARA AGENSI-AGENSI

AKTIVITI-AKTIVITI GEMAPUTERA MERANGKUMI ASPEK-ASPEK SUKAN, LATIHAN DAN KOMUNIKASI & PENERBITAN. GEMAPUTERA AKTIF MENGANJURKAN SUKAN GEMAPUTERA DI MANA PENYERTAANNYA ADALAH DIKALANGAN 13 PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI (PKEN) SETIAP NEGERI TERMASUK UDA (URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY OF MALAYSIA).

FUNGSI GEMAPUTERA KINI BERKEMBANG TERMASUK MEMBINCANGKAN DAN MENGETENGAHKAN ISU-ISU KEPENTINGAN BERSAMA AHLI-AHLI SEPERTI HALATUJU PKEN.

KEJOHANAN SUKAN DWITAHUNAN INI YANG DIJANGKAKAN PADA MAC 2018 TELAH MEMILIH PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPS) SEBAGAI TUAN RUMAH DAN PENGANJUR UNTUK SUKAN BERKENAAN. PENGANJURAN SUKAN INI OLEH PKENPS MERUPAKAN PERTAMA KALI SEJAK GEMAPUTERA DIASASKAN PADA 1984.

PERSIAPAN PKENPS UNTUK KEJOHANAN BERKENAAN DARI SEGI PENGANJURAN SEDANG GIAT DIJALANKAN MELALUI LANTIKAN WARGAKERJA KUMPULAN PKENPS KE JAWATANKUASA-JAWATANKUASA YANG DIWUJUDKAN. MANAKALA PEMILIHAN PESERTA YANG AKAN BERTANDING JUGA TELAH DIJALANKAN MELALUI PERTANDINGAN TERTUTUP SUKAN DIKALANGAN WARGAKERJA KUMPULAN PKENPS.

ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN PADA SUKAN GEMAPUTERA 2018 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  • BOLA JARING
  • TENPIN BOWLING
  • DART
  • FUTSAL
  • BADMINTON
  • KAROM
  • GOLF
  • PING PONG

PKNS TURUT MENGHANTAR KONTINJEN BAGI MEWAKILI KESEMUA KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN.  SELAMAT MAJU JAYA DAN DIDOAKAN SEMOGA DAPAT MENGEKALKAN KEJUARAAN GEMAPUTERA UNTUK EDISI KALI INI.  SELAMAT BERJUANG.

Comments are closed.