Majlis Pecah Tanah Bangunan Akademik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
11/10/2017
Kuliah Bulanan PKNS Oktober 2017
20/10/2017
Lihat semua

1. Latar belakang diri dan perkhidmatan?

Sebelum menyertai PKNS, saya pernah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun (1988-1991).
Saya mula bekerja di PKNS pada tahun 1991 di Bahagian Jualan sebagai Pembantu Tadbir. Pada tahun 2014, saya ditugaskan ke Bahagian Sumber Manusia di posisi yang sama iaitu Pembantu Tadbir (N22).

Saya sudah berkahwin dan memiliki tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan.

2. Minat?
Saya minat bersukan sejak di zaman sekolah lagi. Antara sukan yang saya gemari ialah sepak takraw. Saya mewakili sekolah, PDRM (Selangor) dan PKNS (Selangor) sebagai pemain sepak takraw sebelum menjadi jurulatih sepak takraw dan bermain untuk pasukan veteran Selangor. Selain itu, saya juga suka bermain badminton, bola sepak dan berbasikal. Bagi saya, aktiviti seperti ini dapat menyihatkan badan dan seterusnya memberikan tenaga dan menjadikan diri lebih fokus dalam melakukan aktiviti lain.

3. Prinsip yang dipegang?
Saya seorang yang berdisiplin, menepati masa dan mudah bekerjasama. Bagi saya, melakukan sesuatu mestilah bermula dengan disiplin. Melalui disiplin itulah, terbentuknya sikap menepati masa dan sedia bekerjasama dalam melakukan kerja berpasukan. Misalnya dalam sukan sepak takraw, pembentukan disiplin dan siasah diri adalah penting kerana teguran yang membangun dapat memastikan prestasi para pemain sentiasa berada di peringkat yang stabil.

4. Cabaran dalam pembahagian masa?
Sebagai seorang yang bekerja di Bahagian Sumber Manusia, membuat keputusan demi masa depan pekerja dan bahagian adalah perkara yang mencabar kerana ia akan memberi impak kepada
keputusan-keputusan yang lain. Namun, untuk membahagi masa antara bekerja dan bersukan, saya memberikan yang terbaik kepada kedua-duanya bagi memastikan semua tugasan berjalan lancar.

5. Pencapaian?
Saya telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Yang Dipertuan Agong pada tahun 2016  dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2000, 2005, 2011) semasa bertugas di Bahagian Jualan. Sebagai pemain sepak takraw, banyak kejohanan besar yang telah disertai dan alhamdulillah banyak kejayaan manis yang diraih antaranya pasukan kami muncul Johan di dalam SUKMA (1988 dan 1990) selain meraih kejayaan dalam Majlis Kebajikan dan Sukan

Comments are closed.