Larangan Menggunakan Amaran Secara Pentadbiran
23/03/2017
Perkongsian
27/03/2017
Lihat semua

 

pu1

Badan Islam PKNS akan mengadakan Kembara Dhuha Bersama PU Syed untuk berkongsi ilmu di samping beramah mesra bersama penduduk-penduduk di kawasan pembangunan PKNS.

Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial Badan Islam  PKNS  untuk anggota-anggota PKNS secara khususnya dan kepada semua penduduk-penduduk di kawasan pembangunan PKNS secara umumnya.

Kali ini, lokasi yang terpilih adalah di Antara Gapi, Serendah di mana kuliah akan diadakan pada Ahad ini, 26 Mac 2017 mulai jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Surau Al-Muttaqin.

Semua anggota yang beragama Islam dijemput hadir bersama-sama ahli keluarga masing-masing untuk merebut peluang keberkatan waktu dhuha dan majlis ilmu ini.

Comments are closed.