Kemudahan Cuti Kuarantin Kepada Anggota PKNS

duha
Kuliah Bulanan Mac 2017
30/03/2017
ayat al-Quran 02
Perkongsian
07/04/2017
Lihat semua
perhatian

perhatian

Kemudahan Cuti Kuarantin telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 kepada mana-mana anggota PKNS yang anak mereka menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin. Antara penyakit berjangkit berkenaan ialah penyakit tangan, kaki dan mulut, demam denggi dan demam berdarah, campak, chickenpox, difteria dan malaria.

Anggota yang layak memohon kemudahan ini adalah ibu dan bapa yang sah. Tafsiran anak adalah termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat dan anak pelihara.

Sehubungan itu, tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum 5 hari bagi setiap kes  atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta, tidak termasuk hari rehat mingguan dan kelepasan am.

Syarat bagi anak yang dikuarantin adalah  anak yang berumur di bawah 18 tahun atau  yang di bawah 21 tahun jika masih belajar dan  anak yang mempunyai kecacatan otak atau hilang upaya dari segi jasmani atau secara kekal  sebelum mencapai umur 21 tahun.

Oleh itu, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian  berserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta dengan menggunakan borang permohonan Cuti Kuarantin.

Comments are closed.