Akhwat Badan Islam Sedia Tabung Kutipan
16/06/2016
Akhwat Badan Islam anjur Program Penghayatan Ramadan
27/06/2016
Lihat semua

Bersempena Ramadan Al Mubarak, seluruh pegawai dan anggota PKNS yang beragama Islam adalah dijemput hadir ke Kuliah Dhuha yang akan diadakan secara serentak di pejabat cawangan PKNS.

Kuliah akan bermula mulai jam 8 pagi dengan tajuk “Ibadah Puasa; Antara Ibadat & Adat”.

Di Ibu Pejabat, kuliah akan berlangsung di Dewan Seminar, Bangunan HPAIC yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Kamal Ashaari, Mantan Imam Masjid Negeri Shah Alam.

Manakala di Dewan Kemajuan Kompleks PKNS Shah Alam pula, penceramah bertauliah, Imam Muda Hizbu Omar Zuhdi akan menyampaikan kuliah berkenaan.

Sementara di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi pula ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Haji Jazlan Muhamad.

Muslimin, muslimat yang menghadiri kuliah ini diingatkan agar bersiap sedia dengan wuduk dan pakaian solat kerana solat sunat Dhuha akan didirikan sebaik sahaja kuliah berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *