Larangan Menggunakan Amaran Secara Pentadbiran

antara-gapi
Pembeli Rumah Selangorku Idaman PKNS Antara Gapi terima kunci
20/03/2017
pu-pkns
Kembara Dhuha Bersama PU Syed
23/03/2017
Lihat semua
amaran

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) telah membuat teguran bahawa Ketua Bahagian tidak lagi dibenarkan memberi Amaran Secara Pentadbiran atau sebagainya sekiranya didapati wujud asas untuk prosiding tatatertib.

Amalan tersebut memberi gambaran bahawa kesalahan yang dilakukan telah mendapat kemaafan oleh Ketua Bahagian, sedangkan pegawai masih belum dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.

Amaran secara pentadbiran ini tidak menggambarkan tindakan tegas telah diambil terhadap kes-kes salah laku yang melibatkan anggota.

Sehubungan itu, Bahagian Sumber Manusia PKNS mengingatkan sekiranya wujud asas untuk prosiding tatatertib dimulakan membabitkan mana-mana anggota, hendaklah merujuk kepada Pengurus Besar Pentadbiran & Sumber Manusia selaku urus setia Lembaga Tatatertib PKNS bagi memulakan prosiding tatatertib.

Comments are closed.