MAJLIS DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK-ANAK MURID ANJUNG PKNS SHAH ALAM

Majlis Penutupan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) Tahun 2017
14/09/2017
PKNS MENANG ANUGERAH DI THE CITISCAPE AWARDS FOR EMERGING MARKET
15/09/2017
Lihat semua

MAJLIS DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK-ANAK MURID ANJUNG PKNS SHAH ALAM TELAH DIADAKAN DI PUSAT TUISYEN ANJUNG PKNS SHAH ALAM SEKSYEN 7 PADA 8 SEPTEMBER 2017 BERMULA JAM 6.30 PETANG SEHINGGA 10.00 MALAM.

SERAMAI 50 ORANG TETAMU TELAH HADIR TERMASUK ANAK-ANAK MURID, PARA GURU, SERTA IBU BAPA. MAJLIS TURUT MENGUNDANG USTAZAH ISFADIAH MOHD DASUKI UNTUK MENYAMPAIKAN CERAMAH AGAMA BERTAJUK “BERSEDIAKAH SAYA” SERTA BERKONGSI TIP-TIP PERSEDIAAN TERAKHIR SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

OBJEKTIF MAJLIS INI ADALAH UNTUK MEMBERIKAN GALAKAN DAN SOKONGAN KEPADA ANAK-ANAK MURID PUSAT TUISYEN ANJUNG PKNS YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) PADA TAHUN 2017.

TURUT DIADAKAN JUGA SOLAT HAJAT BAGI MEMUPUK SIFAT KEROHANIAN DAN KEPERIBADIAN YANG MULIA DALAM DIRI ANAK-ANAK MURID PUSAT TUISYEN ANJUNG PKNS SHAH ALAM.

Comments are closed.