Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat PKNS

Perkongsian
29/08/2017
MAKLUMAN PEMBUKAAN GIMNASIUM BANGUNAN IBU PEJABAT PKNS
29/08/2017
Lihat semua

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat PKNS pada 1 Ogos 2017 (Selasa),jam 9.30 pagi di Perkarangan Bangunan Ibu Pejabat PKNS yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.

Turut berangkat adalah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Majlis juga dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, kerabat diraja Selangor, barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan jemputan khas termasuk anggota PKNS. Jemputan adalah seramai 1,000 orang.

Bangunan Ibu Pejabat PKNS yang berkeluasan 4.6 ekar merupakan sebuah bangunan mesra alam yang dilengkapi dengan sistem infrastruktur berteknologi tinggi, berkonsepkan moden serta turut diserikan dengan landskap indah di aras bumbung berlatarkan pemandangan Masjid Negeri, Bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan Taman Tasik Shah Alam.

Bangunan ini juga telah menerima beberapa anugerah pengiktirafan dalam pelbagai kategori seperti Anugerah pembangunan pejabat terbaik Malaysia, Anugerah Best GBI Rated Corporate Office, serta Anugerah Emas bagi kategori Commercial Low Rise.

 

Comments are closed.