Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah Dan Sumber Alam 2018 (STANDCO)
06/02/2018
Majlis Lawatan Teknikal Pengurusan Fasiliti dan ICT UITM Pulau Pinang
19/02/2018
Lihat semua

MOHD RASHID BIN ZAINOT
Pelukis Pelan JA19
Bahagian Tanah
Wilayah Tengah

1. Latar belakang diri dan perkhidmatan?
Saya merupakan bapa kepada tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki. Saya berasal dari Perak namun dibesarkan di Selangor. Saya mula berkhidmat di PKNS pada 23 Disember 1974. Waktu itu Pengurus Besar PKNS ialah Dato’ Tahir Abdul Rahim yang juga Pengurus Besar pertama. Saya tidak jangka yang saya dapat bekerja di PKNS. Semuanya bermula apabila Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari mengajak saya menyertainya dalam satu perlawanan bola sepak untuk mewakili PKNS. Allahyarham yang mencadangkan saya untuk memohon kerja di PKNS.

Permohonan saya diterima dan kemudian, saya dapat surat tawaran untuk berkhidmat sebagai budak pejabat atau office boy. Bermula di Bahagian Perumahan (kini dikenali sebagai
Bahagian Jualan Wilayah Tengah) selama lapan tahun, kemudian saya mendapat kenaikan pangkat sebagai Pelukis Pelan di Bahagian Kejuruteraan Am. Selepas dua tahun, saya ditempatkan di
Bahagian Tanah sehinggalah lebih kurang 32 tahun. Alhamdulillah, saya telah berkhidmat di bawah tujuh orang Pengurus Besar dengan tempoh perkhidmatan selama 42 tahun 8 bulan.

2. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Sebelum wujudnya PKNS, nama asalnya ialah Perbadanan Petaling Jaya. Menteri Besar Selangor ketika itu, Allahyarham Dato’ Seri Hj. Harun Idris membuat cadangan agar ditubuhkan satu
perbadanan yang boleh membantu orang Melayu khususnya anak Selangor. Jadi PKNS tertubuh pada 1 Ogos 1964. Maka sebahagian daripada kakitangan berpindah ke Lembaga Bandaran Petaling Jaya (LBPJ). Susulan itu, PKNS berdikari. Waktu itulah kakitangan bertungkus lumus untuk menaikkan PKNS sehinggalah kukuh hingga ke hari ini, menjadikan PKNS selaku pemaju hartanah yang terulung.

Sebenarnya waktu ditubuhkan, PKNS bukan hanya popular sebagai pemaju pembangunan perumahan sahaja, malah banyak membantu orang Melayu, membuka bandar-bandar baharu, pertamanya membina Petaling Jaya, disusuli dengan Ampang- Hulu Kelang, kemudian Shah Alam, iaitu tanah-tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mewujudkan penempatan perumahan pada waktu itu.

Hingga ke hari ini PKNS masih relevan. Dan yang terbaru kita sedang memberi fokus kepada pembangunan di Bernam Jaya seluas 6,000 ekar. Dahulu, Bernam Jaya dikenali sebagai Lembah
Bernam.

3. Sukan yang paling diminati?
Saya paling minat sukan bola sepak. Saya lama bermain untuk PKNS tapi tidaklah sehebat bintangbintang seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Santok Singh, Arumugam, Hanapiah Ali, Khidir Buyong, Zulkifli Norbit …kerana waktu itu PKNS itulah skuad Selangor dan itulah juga skuad Malaysia. Jadi saya ini dalam skuad simpanan, kalau-kalau mereka ini tidak ada kerana mewakili Malaysia atau Selangor, kita inilah yang akan bermain untuk PKNS dalam Liga Selangor. Apabila saya berhenti bermain bola kerana masalah kecederaan pada bahagian kaki iaitu sekitar tahun 1986, doktor mengesahkan saya mengalami ACL, jadi saya banyak kali berulangalik ke hospital pakar.

Selepas berehat lama, masih tidak baik juga. Jadi saya ambil keputusan, kebetulan ada tawaran sebagai jurulatih. Saya melatih pasukan Sharp FC waktu itu iaitu sekitar tahun 1987 atau 1988 sehingga sampai Liga FAM dan dikenali sebagai Sharp Malaymail. Saya dipanggil untuk bantu pasukan PKNS selepas itu sebagai Penolong Jurulatih dengan

Comments are closed.