Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Koperasi PKNS
22/07/2016
Imunisasi Difteria
27/07/2016
Lihat semua

personaliti-minggu-ini

Mohd Zahid Bin Hashim, 37,

Jurutera Projek

1. Latar belakang diri dan perkhidmatan?

Saya berasal dari Klang, Selangor. Berpendidikan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan bakal menamatkan pengajian dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan tidak lama lagi.

Saya menyertai PKNS pada tahun 2006 di mana sebelum itu, saya pernah bekerja dengan pihak swasta (kontraktor) selama tiga tahun.

Saya bermula di Bahagian Struktur selama tujuh bulan di mana saya ditugaskan untuk merekabentuk struktur. Kemudian saya ditempatkan di Pejabat Pengurusan Projek untuk menyelia projek-projek sehingga sekarang. Antara projek-projek yang telah dilaksanakan adalah seperti Shah Alam Convention Centre, bangunan tambahan Hotel De Palma Shah Alam dan Laman PKNS.

2. Minat anda?

Saya amat berminat dengan perkara-perkara yang melibatkan teknikal. Ia bermula melalui pembacaan, dokumentari televisyen dan semangat ingin tahu terhadap sesuatu perkara berkaitan teknikal. Lama-kelamaan, ia mendorong saya mengkaji sesuatu perkara itu dengan lebih terperinci dan mendalam.

Kerana minat itu, saya mencabar keupayaan dan kemampuan diri dengan memilih bidang kejuruteraan semasa di universiti, walaupun ketika di bangku sekolah, saya adalah pelajar aliran Perdagangan.

3. Pembahagian masa bekerja dan belajar

Waktu bekerja saya bekerja. Saya tidak akan mencampur-adukkan waktu bekerja dengan waktu belajar. Biasanya pada waktu malam saya fokuskan untuk belajar sahaja.

personaliti-minggu-ini2

4. Cabaran yang dihadapi

Kalau dahulu semasa bekerja dengan pihak kontraktor, saya hanya melaksanakan tugas mengikut keperluan spesifikasi dan kehendak yang telah ditetapkan oleh klien. Kini semasa di PKNS, tugas saya lebih luas dan mencabar di mana saya dan pasukan projek perlu terlibat dalam kesemua proses iaitu merancang, pra tender, pengurusan kontrak dan penyerahan projek (serah kunci) di mana setiap satu proses di atas memerlukan pengalaman, pengetahuan dan kompetensi yang tinggi bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab…dan tidak dinafikan ianya sangat mencabar.

Alhamdulillah, dengan sedikit pengalaman yang ada sebelum ini banyak membantu dalam perjalanan karier saya sekarang ini.

5. Pencapaian yang diraih dan prinsip anda?

Alhamdulillah, sejak berkhidmat selama 10 tahun ini, saya telah diberi peluang dan kepercayaan untuk menyelia projek-projek di PKNS. Terima kasih juga kepada PKNS yang telah memilih saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015.

Prinsip saya, tidak suka untuk menangguh kerja, apa sahaja tugas yang diberi oleh ketua tidak kiralah kecil atau besar, saya suka siapkan segera dan tidak gemar untuk membawa pulang kerja ke rumah.

Bagi saya, jika kita buat sesuatu perkara hendaklah betul dan sempurna…kalau ada pun komen yang kurang enak diterima biarlah pada kadar yang minima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *