Pelancaran Rumah Berkembar 2 Tingkat di Antara Gapi
16/02/2017
Kuliah Bulanan Februari 2017
22/02/2017
Lihat semua

personaliti

Nordin Bin Hj. Masri

Penolong Jurutera Kanan

Unit Pengurusan Projek Zon B, Wilayah Tengah

 

Latar belakang diri dan perkhidmatan?

Sudah berkahwin, bapa kepada tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Mula berkhidmat di PKNS pada 1 Disember 1980 bermula di Unit Struktur sebagai Juruteknik Gred J17 dengan kelulusan Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik Ungku Omar Ipoh (PUO).

Saya menyambung belajar secara sambilan di peringkat Diploma di Politeknik Shah Alam dan tamat pada tahun 2002 dalam bidang yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Awam.

Dilantik sebagai Pembantu Teknik Gred J29 pada tahun 2007 dan masih ditugaskan di Unit Struktur. Ditugaskan ke Bahagian Pengurusan Projek Bernam Jaya pada tahun 2008.

Pada tahun 2010, Pengurusan Projek Bernam Jaya diletakkan di bawah Pengurusan Projek Zon B Wilayah Tengah. Pada tahun 2011, saya kembali bertugas di ibu pejabat PKNS.

Minat dan prinsip anda?

Jalan-jalan cari makan – suka melawat tempat-tempat baru yang belum pernah dilawati terutamanya yang terkenal dengan makanan yang sedap. Minat ini didorong oleh pepatah “jauh berjalan luas pengalaman”. Malah tagline dalam aplikasi whatsapp saya ialah “Jalan-Jalan Cari Makan”.

Prinsip saya adalah sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan apa juga keadaan dan situasi, suka belajar perkara yang baru, sanggup menghadapi cabaran yang mendatang. Mencuba sambil belajar untuk memperbaiki diri sendiri.

 Pencapaian yang pernah diraih

Saya pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali. Selain dari itu, saya juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Politeknik Shah Alam, Presiden Alumni Politeknik Shah Alam dan Timbalan Presiden Majlis Alumni Politeknik Malaysia. Yang terkini adalah sebagai Presiden Persatuan Pegawai Eksekutif (EOA) PKNS.

Pengalaman tidak boleh dilupakan?

Dilantik sebagai Penghulu Kem semasa menjalani latihan di Kem Bina Semangat di Meru Klang di mana mengendalikan tiga Jabatan Kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat, Bomba dan PKNS dalam satu masa.

Saya juga dilantik sebagai ketua semasa menjalani latihan di Kem Bina Semangat di Ampang Pecah di bawah program Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikendalikan oleh Rejimen Askar Komando.

Dari kedua-dua program tersebut, saya dapat belajar bagaimana untuk menjadi pemimpin dan melatih diri untuk bercakap di khayalak dan berhadapan dengan orang ramai.

 Selaku Presiden Persatuan Pegawai Eksekutif (EOA) PKNS, apa harapan/visi yang ingin dibawa

Selaku Presiden Persatuan Pegawai Eksekutif (EOA) PKNS saya berharap akan dapat mengembalikan kegemilangan Persatuan ini seperti era 90-an dan awal tahun 2000 di mana persatuan ini begitu dikenali di kalangan anggota PKNS.

Visi Persatuan EOA PKNS adalah “Satu Pasukan Satu Aspirasi” dan saya berharap mana-mana anggota baru di PKNS yang berkelayakan, dapat menyertai Persatuan ini sebagai ahli agar apa yang dirancang dapat diterjemahkan dan dinikmati bersama oleh semua ahli.

 

 

 

Comments are closed.