Pemasangan Dan Penggantian Komputer

Perkongsian
21/12/2016
Permohonan Kad Baharu
23/12/2016
Lihat semua

Pemasangan dan penggantian komputer yang telah tamat tempoh sewaan akan bermula pada 20 Disember sehingga akhir bulan ini.

Sehubungan itu, anggota di Bahagian Pentadbiran dan Teknikal yang berkenaan hendaklah memastikan lokasi di mana komputer baharu akan dipasang dan komputer lama hendaklah dikemas terlebih dahulu.

Manakala maklumat penting dalam komputer dapat dibuat salinan terlebih dahulu sebelum penggantian komputer baharu dilaksanakan.

Para pengguna komputer baharu adalah dilarang sama sekali untuk membuat apa-apa perubahan tetapan pada komputer mereka atau memasukkan sebarang perisian tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Unit Teknikal Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) PKNS.

Comments are closed.