Pembeli Rumah Selangorku Idaman PKNS Antara Gapi terima kunci

Hari Wanita PKNS 2017
13/03/2017
Larangan Menggunakan Amaran Secara Pentadbiran
23/03/2017
Lihat semua

DSC_7088

Projek Rumah Selangorku Idaman PKNS Antara Gapi menemui pembelinya, Jumaat lalu apabila kunci kediaman mampu milik berharga antara RM180,000 hingga RM226,000 seunit itu diserahkan kepada para pembeli.

Projek yang menempatkan 129 unit rumah teres 1 ½ tingkat terletak di Antara Gapi, Serendah itu adalah projek rumah mampu milik ketiga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dibangunkan pada tahun 2013.

Hadir menyempurnakan majlis penyerahan kunci kediaman berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Dato’ Iskandar Abd Samad.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hjh. Noraida Hj Mohd Yusof, Ahli Perbadanan PKNS, Shamsul Iskandar, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, TPr. Hjh. Noraini Hj. Roslan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS berkata projek dengan kepadatan yang rendah iaitu sekitar 23 unit kediaman bagi setiap ekar itu menampilkan elemen pembangunan yang mampan dan lestari bagi memberi nilai tambah kepada projek yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM12.04 juta.

“Sesuai dengan komitmen PKNS untuk memberi keselesaan dalam setiap projek perumahan mampu milik yang dibangunkan, projek ini tampil dengan lot yang luas di mana keluasan tanah bagi setiap unit adalah 20’ x 60’ manakala keluasan lantai pula dari 1,041 kaki persegi hingga 1,079 kaki persegi,” katanya.

Majlis turut menyaksikan acara menandatangani perjanjian jual beli bagi projek 80 unit rumah teres dua tingkat Rumah Selangorku Antara Gapi.

Antara projek rumah mampu milik PKNS yang bakal berada di pasaran ialah 104 unit pangsapuri Desa Alam, Shah Alam, 864 unit pangsapuri di Selangor Cyber Valley dan 418 unit pangsapuri di Kg. Seri Temenggung.

Sebelum ini, PKNS telah membina dua projek rumah mampu milik yang lain iaitu 1,422 unit rumah berkembar di Bukit Botak, Selayang dan 124 unit pangsapuri di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Comments are closed.