Perlaksanaan Pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

insenti-pkns
Insentif MyPKNS
08/08/2017
pelanggan-maybank
Majlis Ramah Mesra Bersama Pelanggan Maybank
09/08/2017
Lihat semua
peribadi
Untuk makluman tuan/puan, Mesyuarat Pengurusan PKNS Bil.22/2017 bertarikh 02 Ogos 2017 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) di PKNS. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah APDP yang mana PKNS sebagai pengguna data bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anggota, pelanggan atau pihak ketiga yang berurusan dengan PKNS secara berhemah dan bertanggungjawab. Objektif utama APDP adalah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial sama ada secara kontrak ataupun tidak, dan terpakai bagi mana-mana orang yang memproses, menyimpan, mengawalselia atau membenarkan sesuatu pemprosesan data peribadi. PKNS juga telah memperakukan pelantikan *Pengurus Integriti & Risiko* sebagai *Pegawai Perlindungan Data PKNS* selaras dengan keperluan APDP. Pelantikan ini adalah selaras dengan pelantikan beliau sebagai *Pegawai Maklumat PKNS *di bawah SubSeksyen 3(1) Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011. Maklumat berkenaan *Polisi Perlindungan Data PKNS* boleh didapati di dalam Portal Rasmi PKNS sebagai makluman kepada anggota, pelanggan / bakal pelanggan PKNS dan orang awam. Bersama-sama ini dilampirkan *Kod Tata Amalan Perlindungan Data Peribadi PKNS *iaitu garis panduaan korporat kepada anggota PKNS semasa pemprosesan data peribadi pelanggan dan pihak ketiga (*seperti di Lampiran*) untuk rujukan semua anggota PKNS.

Comments are closed.