Personaliti Minggu Ini : Mohd Khairol Zaman Bin Hamir Akhbar

AKADEMI PKNS MEMBANGUN MODAL INSAN
30/05/2016
Jom Jimat Air
31/05/2016
Lihat semua

bola

Personaliti Minggu Ini : Mohd Khairol Zaman Bin Hamir Akhbar

Mohd Khairol Zaman bin Hamir Akhbar, 22,

Pembantu Awam, Bahagian Pembangunan Sukan

1.Latarbelakang diri dan perkhidmatan

Saya berasal dari Negeri Sembilan dan mula berkhidmat di PKNS pada tahun 2013 di Bahagian Pembangunan Sukan.

Aktif dalam sukan sepak takraw sejak berumur 10 tahun di mana saya mewakili Negeri Sembilan dalam acara sepak takraw pada peringkat kebangsaan, setiap tahun berturut-turut sehingga mencapai usia 18 tahun.

Selepas tamat Sekolah Rendah, saya memasuki Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya mendapat tawaran untuk mewakili Malaysia dalam pasukan kebangsaan. Semasa dalam skuad kebangsaan juga, saya ditawarkan bekerja di PKNS. Saya bersyukur dapat bekerja di PKNS.

Pendedahan tentang dunia sukan sepak takraw ini bermula daripada inisiatif sendiri lantaran terlalu minat dengan sukan ini. Kemudian, mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan senior dan jurulatih dari Thailand yang telah melatih saya selama hampir 4 tahun di dalam skuad kebangsaan.

Dalam keluarga saya, hanya saya seorang yang terlibat dengan sukan ini. Ahli keluarga saya yang lain, ada yang terlibat dalam sukan bola tampar dan mewakili Negeri Sembilan dalam Sukan SUKMA. Mungkin minat kami semua dalam sukan datangnya daripada kedua ibu bapa yang sememangnya suka bersukan.

2. Minat

Selain sukan sepak takraw, saya suka keluar memancing bersama rakan-rakan.

3. Pengalaman tidak boleh lupa?

Semasa pertama kali mendapat pingat emas dalam ISTAF SuperSeries di Melaka pada Februari tahun lalu ketika mewakili pasukan kebangsaan mengalahkan Thailand. Sekarang ini saya dalam fasa latihan program persediaan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

4. Prinsip

Berusaha untuk dapat apa yang kita impikan, berdisiplin, yakin dengan apa yang kita lakukan, berdoa dan bertawakal.

5. Apa perkara mengenai anda yang tidak diketahui ramai.

Pengalaman dicakar kucing menyebabkan sehingga kini saya takutkan kucing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *