PKNS FC Bertemu JDT Final Piala FA

Taklimat Hadiah Pendidikan Dan Tawaran Pengajian Separuh Masa
27/05/2016
Perhimpunan Bulanan PKNS Mei 2016
28/05/2016
Lihat semua

PKNS FC bakal bertemu Johor Darul Takzim (JDT) bagi perlawanan akhir bola sepak Superbest Power Piala FA 2016 pada 14 Mei 2016, jam 9 malam di Stadium Shah Alam.

Perlawanan ini bakal mencipta sejarah tersendiri buat PKNS FC yang julung-julung kali layak ke peringkat akhir Piala FA. Tahniah diucapkan kepada PKNS FC, semoga semangat “semut merah” mampu membawa PKNS FC membawa pulang Piala FA buat pertama kalinya.

Sementara itu, kepada anggota PKNS yang ingin hadir sebagai penyokong PKNS FC pada perlawanan akhir berkenaan, anda diminta untuk mengisi borang mengikut bahagian masing-masing.

Borang tersebut perlu dikemukakan semula kepada Hj. Mohd Shahrol – Ketua Exco Kelab Penyokong, En. Hairul Azwan (Ibu Pejabat – Zon A), En. Abdul Aziz (Ibu Pejabat – Zon B) dan En. Zulhadi (Shah Alam) selewat-lewatnya sebelum 9 Mei 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *