PKNS JOHAN SUKAN GEMAPUTERA KALI KE 15

Sekitar Acara Sukan Ping Pong Hari ke-2
30/03/2018
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG KONTRAK & TETAP
02/04/2018
Lihat semua

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN PKNS YANG TELAH BERJAYA MENGEKALKAN KEJUARAAN APABILA SEKALI LAGI DINOBATKAN SELAKU JUARA KESELURUHAN DI KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA PERLIS 2018 KALI KE 15 YANG BERLANGSUNG PADA 28 HINGGA 31 MAC 2018. SUKAN GEMAPUTERA KALI INI TELAH DIHOSKAN OLEH PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPS).

KONTINJEN PKNS YANG DIKETUAI OLEH CHIEF DE MISSION, YBHG. DATIN DR. PADUKA HAJAH NORAIDA MOHD YUSOF, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNS, NAIB KETUA KONTINJEN EN SALIM PAGI, DISOKONG OLEH PENGURUS-PENGURUS PASUKAN HAJI SUHAIMI KASDON (BADMINTON), HAJI SAHAROM MOHNI (BOLING), YM RAJA MUHAMMAD RAJA HARUN (GOLF), HAJI RAHIM  (KAROM), CIK AZLINDA AZIZ (BOLA JARING), ENCIK MOHD FAHMI BAHARUDDIN (PING PONG), ENCIK SARMAN AB GHANI (FUTSAL TERBUKA) EN NURHISYAM MAMAT (FUTSAL VETERAN), DAN ENCIK MAZRUL HISYAM (DART).

KONTINJEN PKNS TELAH MUNCUL JOHAN BAGI ACARA GOLF, DART, PING PONG, BOLA JARING, KAROM DAN 10PIN BOWLING KATEGORI TEAM MIX DAN DOUBLE MIX, MANAKALA NAIB JOHAN BAGI ACARA BADMINTON, DAN TEMPAT KEEMPAT BAGI ACARA FUTSAL VETERAN DAN TERBUKA.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH ATLET KONTINJEN PKNS.

Comments are closed.