PKNS MENANG ANUGERAH DI THE CITISCAPE AWARDS FOR EMERGING MARKET

MAJLIS DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANAK-ANAK MURID ANJUNG PKNS SHAH ALAM
14/09/2017
PKNS HULUR SUMBANGAN KILAT KEPADA MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DARUL ITTIFAQIYAH
15/09/2017
Lihat semua

Bangunan Ibu Pejabat PKNS telah dipilih sebagai finalis untuk bertanding di The Cityscape Awards for Emerging Markets. Anugerah tahunan ini diadakan bagi meraikan kecemerlangan projek pembangunan hartanah dan seni bina. Terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan dan anugerah ini merupakan satu platform berprestij yang mengumpulkan para pemaju hartanah dan arkitek yang terkemuka dari seluruh negara membentangkan projek masing-masing bagi mendapatkan pengiktirafan di peringkat antabangsa.

PKNS disenaraikan sebagai finalis bagi dua (2) kategori iaitu ‘Commercial Project Award’ dan ‘Sustainability Project Award’, dan PKNS telah berjaya memenangi kedua-dua kategori tersebut. Anugerah telah disampaikan di dalam satu Majlis Makan Malam Gala pada 11 September 2017 di Dubai World Trade Centre, UAE yang mana PKNS telah diwakili oleh Encik Wan Muhd Hisham Bin Wan Hawari, Ketua Arkitek dan juga Encik Mohd. Zahid Bin Hashim, Ketua Jurutera Struktur.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi satu kebanggaan buat PKNS, tetapi juga kepada negeri Selangor dan Malaysia secara keseluruhannya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua warga kerja PKNS terutamanya buat project team Bangunan Ibu Pejabat PKNS.

Comments are closed.