Sukan Tradisional Gemaputera 2017

Kunjungan Hormat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
07/09/2017
KULIAH DUHA BULANAN PKNS DI PAGI JUMAAT
08/09/2017
Lihat semua

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Kepada warga PKNS yang dihormati,

Dimaklumkan, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan menganjurkan Sukan Tradisional Gemaputera 2017 pada 14 – 15 Oktober 2017 di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Antara sukan tradisional yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:

1) “Golek Nyior” (Menggolek buah kelapa) – 7 pemain (3 wanita, 4 lelaki)
2) Batu Selambut (Batu Seremban) – 6 pemain wanita
3) Dam Aji – 6 pemain lelaki
4) “Cokok” (Congkak) – 5 pemain (3 wanita, 2 lelaki)
5) Sepak Raga Bintang – 6 pemain lelaki

Justeru itu sebagai tanda sokongan, PKNS akan menghantar penyertaan ke penganjuran sukan tradisional tersebut. Oleh yang demikian kepada tuan / puan yang berminat untuk mewakili PKNS, sila muat turun borang penyertaan seperti di bawah dan kembalikan kepada En. Salim bin Pagi (Eksekutif Pembangunan Sukan) atau En. Jafri Jamedin di Bahagian Pembangunan Sukan. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Jumaat, 15 September 2017 sebelum jam 5.00 petang. Pemilihan adalah berdasarkan kepada tahap kebolehan peserta dan serta siapa yang cepat, dia yang dapat.

Bersama ini juga dilampirkan butiran lanjut mengenai acara-acara yang akan dipertandingkan untuk rujukan tuan / puan. Segala kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Comments are closed.