TAWARAN PENGAJIAN “MASTER OF BUSINESS ADMINISTRATION (MBA) DI SELANGOR BUSINESS SCHOOL, UNISEL MELALUI PENAJAAN HADIAH PENDIDIKAN PKNS

SELANGOR INTERNATIONAL EXPO 2017
09/09/2017
PROGRAM KASIH PKNS MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR 2017
12/09/2017
Lihat semua

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman tuan/puan, Selangor Business School (SBS) UNISEL akan mula melaksanakan program Master of Business Administration (MBA) pada 23 September 2017. SBS UNISEL adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperuntukkan sebanyak RM5.0 juta dalam Bajet 2017 Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk mempertingkatkan lagi guna tenaga berkemahiran tinggi. Tenaga pengajar untuk SBS UNISEL ini adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah luar yang berpengalaman. Anggota-anggota yang mengikuti program ini akan menjadi kumpulan perintis program SBS UNISEL.

3.         Sehubungan dengan itu, PKNS sangat menggalakkan anggota-anggota yang berkelayakan untuk mengikuti program ini melalui penajaan Hadiah Pendidikan PKNS. Syarat kelayakan dan maklumat pengajian adalah seperti berikut :

*i)*                    *Kelayakan Minimum Untuk Kemasukan*

·         Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengan CGPA 2.50 ke atas;
*atau*

·         Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA bawah 2.50 dan mempunyai pengalaman kerja 5 tahun ke atas; *atau*

·         Diploma dengan pengalaman kerja 5 tahun ke atas dan perlu mengambil “Accreditation of Prior Experiental Learning (APEL) iaitu peperiksanaan khas yang disediakan oleh pihak UNISEL untuk kelayakan masuk

*ii)                  **Struktur Program*

·         Pengambilan September 2017 mulai 23 September 2017

·         Tempoh Pengajian 18 bulan

·         Kelas pada setiap Sabtu dan Ahad (9.00 pagi hingga 2.00 petang)

·         Mininum 15 subjek (11 subjek wajib dan 4 subjek elektif)

·         45 jam kredit

·         Kelas pengajian di Selangor Business School, Menara PKNS-PJ

4.        Berikutan dengan itu, anggota-anggota yang berminat boleh mengemukakan nama kepada Puan Yuzawati binti Yusof atau Puan Nuramirah Sulaiman *sebelum atau pada 14 September 2017* untuk tindakan selanjutnya. Pembiayaan pengajian di bawah Hadiah Pendidikan PKNS adalah tertakluk kepada syarat pembiayaan Hadiah Pendidikan PKNS.

5.         Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Yuzawati binti Yusof di sambungan 1232 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Terima kasih.

Comments are closed.